Bebas Daripada Pertuduhan, Netizen Tak Sabar Tengok Syed Saddiq Naik Pelamin – “Dah Boleh Masuk Meminang Bella..”

Hiburan

Bebas Daripada Pertuduhan, Netizen Tak Sabar Tengok Syed Saddiq Naik Pelamin – “Dah Boleh Masuk Meminang Bella..”

Sedia maklum, Ahli Parlimen, YB Syed Saddiq telah pun dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah dana Armada.

Keputusan tersebut sememangnya merupakan satu kegembiraan buat semua pihak, lagi-lagi buat keluarga serta penyokong yang menyokong daripada hari pertama Syed Saddiq didakwa atas kes tersebut.

Advertisement

Netizen tak sabar nak tengok Syed Saddiq & Bella ‘bersatu’

Susulan sudah bebas pertuduhan, netizen kebanyakannya meninggalkan komen di live Beautifulnara tentang rasa tidak sabar untuk melihat Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah mendirikan rumah tangga bersama.

Dah boleh masuk meminang Bella Astillah.

Tak lama lagi ada berita lebih baik daripada ni, berkaitan dengan Bella hehe..

Bella setia berada di sisi Syed Saddiq

Dalam pada masa yang sama, peminat turut gembira melihat Bella sentiasa berada di sisi Syed Saddiq sepanjang di mahkamah.

Sekadar info, hubungan kedua-dua individu ini mula menjadi perhatian ramai selepas mereka disatukan menjadi duta buat jenama baju raya lokal, baru-baru ini.

syed saddiq bebas
18 mins ago

TERKINI: Syed Saddiq Bebas Tuduhan, Ketepi Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...