Bebas COVID-19, Shiha Zikir Zahir Rasa Syukur

Hiburan

Bebas COVID-19, Shiha Zikir Zahir Rasa Syukur

Selepas menjalani ujian saringan COVID-19, kini penyanyi Shiha Zikir seakan mampu menghembus nafas lega apabila keputusan yang diterimanya adalah negatif.

Shiha zikir negatif covid 19

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya kepada umum.

Biarpun begitu, Shiha juga khabarnya tidak ketinggalan memaklumkan kepada umum bahawa dirinya akan tetap mengambil langkah berjaga-jaga walaupun saringan menunjukan beliau bebas daripada wabak berkenaan.

Shiha zikir negatif covid 19Shiha zikir negatif covid 19

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dah dapat keputusan swab test saya, syukur Alhamdulillah saya negatif dan apapun, saya masih ambil langkah berjaga-jaga.”

Bagaimanapun, beliau juga dilihat tidak terlepas mendoakan agar penyanyi Alif Satar cepat sembuh daripada jangkitan tersebut.

Shiha zikir negatif covid 19

“Kita doakan kepada yang dijangkiti wabak COVID-19 dan kepada Aliff Satar supaya cepat sembuh.Walau apapun, kita semua haruslah menjaga SOP dengan sebaiknya.”

Terdahulu, Shiha telah mewakili Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk lagu 7 Nasihat ketika berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 pada hari kedua program itu ditayangkan.

Shiha zikir negatif covid 19

Namun, segalanya seakan mengejutkan ramai pihak selepas Alif tampil mengumumkan bahawa dirinya positif COVID-19 yang juga telah membuat persembahan di program tersebut sehari sebelum giliran persembahan Shiha.

Untuk rekod, Alif kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...