Penyanyi Zehra Zambri akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, menerusi talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.
Keputusan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Mohd Iqwan ketika ditemui media mengakui berasa lega apabila urusan perceraian dapat diselesaikan selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.
Alhamdulillah hari ini selesai… bercerai cara talak raj’ie. Hari ini lafaz cerai sahaja.
Saya takut juga kalau tiba-tiba period lagi sekali kan… tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sementara itu, Zehra turut meluahkan rasa syukur apabila proses yang berlangsung hampir lima bulan akhirnya berakhir.
Setelah lima bulan, Alhamdulillah kes selesai. Saya rasa sedikit beban itu sudah hilang dan banyak perkara boleh saya rencanakan selepas ini untuk kehidupan saya dan anak.
Saya perlukan masa untuk pulihkan diri dan berdamai dengan takdir ini. Insya-Allah saya akan memajukan diri, cari kembali semangat yang hilang dan memulakan kehidupan baru.
Nafkah & Proses Mahkamah
Terdahulu, pada 13 Ogos lalu, Mohd Iqwan sepatutnya melafazkan cerai terhadap Zehra namun terpaksa ditangguhkan kerana penyanyi itu berada dalam keadaan haid.
Berhubung dakwaan culas memberi nafkah, Mohd Iqwan menjelaskan bukti telah dikemukakan kepada mahkamah dan kedua-dua pihak diminta berbincang lanjut mengenai perkara itu selepas perceraian.
Sebelum ini, proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 14 Julai lalu gagal mencapai kata sepakat sehingga mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik hakam.
Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Iqwan pada 7 Mac lalu secara fast track.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.