Kalau sebut saja nama pelakon baru wanita, Sophia AlBarakbah mesti semua akan kaitkan dengan kes dirinya mengaku menyukai suami orang yang juga merupakan seorang selebriti iaitu Aliff Aziz, baru-baru ini.
Kecantikkan yang dimiliki juga mendapat perhatian dan difahamkan daripada laporan Kosmo, aktres jelita ini mempunyai latar belakang bangsa serta budaya yang berbeza.
Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan.
View this post on Instagram
Bukan sekadar mempunyai rupa paras yang jelita, malah Sophia juga dikatakan adalah seseorang wanita beauty with brain kerana dia merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.
Menurutnya, dia suka belajar dalam bidang tersebut tetapi tidak berapa gemar untuk bekerja di dalam industri bioteknologi atas sebab masanya akan banyak terhabis di dalam makmal.
Dalam pada masa yang sama, aktres berumur 30 tahun itu menyimpan keinginan untuk memasuki bidang veterinar, namun hasrat itu terkubur kerana ibunya tidak setuju.
Sekadar info, isu rumah tangga diganggu menjadi ‘panas’ setelah Bella Astillah mendedahkan mesej bersama Sophia AlBarakbah, dimana pelakon wanita itu mengakui ‘tersuka’ suaminya, Aliff Aziz ketika digadingkan bersama dalam drama terbaru, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.