Written by AbangNara | November 29th, 2010

beautifulnara

Semalam, 28 November 2010 genaplah usia 2 tahun untuk BeautifulNara.com. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Selama 2 tahun ini, bermacam-macam peristiwa yang terjadi dan semuanya telah berjaya kami harungi dengan sokongan anda semua. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

beautifulnara

Kini BeautifulNara.com adalah laman web ke 96 paling banyak dilawati di Malaysia. Suatu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk blog berusia 2 tahun ini. Dengan lebih 1.5 juta pelawat setiap bulan, tak salah untuk kami sasarkan untuk berada di kelompok 50 blog paling banyak dilawati untuk tahun ketiga ini. Sekali lagi terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong kami.

beautifulnara

Di tahun ke 2 ini, seramai lebih kurang 14 juta pelawat telah melayari laman blog ini. Semoga tahun ketiga untuk BeautifulNara.com akan ada lebih banyak peningkatan. Jangan lupa jadi fans Facebook BeautifulNara dan follow kami di Twitter. Thanks a lot again.

P.S: Nanti kami buat contest ye untuk anda semua.

Comments are closed.