“B*doh Penyokong PAS” – ‘Tweet’ Lama Dibongkar, Wan Fayhsal Teruk Dikecam Netizen

Berita

“B*doh Penyokong PAS” – ‘Tweet’ Lama Dibongkar, Wan Fayhsal Teruk Dikecam Netizen

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai beberapa ciapan lama oleh salah seorang calon bertanding atas tiket Perikatan Nasional iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal.

Menerusi ciapan tersebut, Wan Fayhsal yang dicalonkan di Parlimen Machang sebagai wakil parti PAS dipercayai seakan-akan mengutuk parti tersebut.

Advertisement

Susulan itu, ahli politik berkenaan telah menerima kecaman hebat di media sosial terutama selepas ciapan yang dimuat naik beberapa tahun lepas itu dibongkar semula oleh netizen.

wan

Tampil memberi penjelasan, Wan Fayhsal telah membuat satu permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook mengakui kesilapan masa lampau.

Beberapa ciapan lama saya di Twitter digunakan untuk menyerang saya.

Malah, ahli politik itu turut memohon maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu membuat ciapan tersebut.

Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih behati-hati di masa hadapan.

Tambahnya lagi, beliau akan terus bersama-sama parti tersebut untuk memperjuangkan keadilan serta kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia mengikut tuntutan Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Terdengar 'Bisikan' Arwah Ibu, Azwan Ali Menangis Umum Tarik Diri Daripada Bertanding

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...