Sedia maklum, semalam kecoh di media sosial mengenai satu video prank seorang TikTokers melumur kek kepada wanita yang sedang menemani anaknya yang duduk di kerusi roda di sebuah taman.
Hal terbabit telah membuatkan netizen berasa marah dengan tindakan berlebihan TikTokers tersebut hingga meminta ‘akak’ berkenaan menyaman lelaki itu.
Sedar diri dikecam tanpa henti, lelaki terbabit tampil bersama ‘mangsa’ membuat satu video permohonan maaf, namun satu hal yang mengejutkan netizen.
Mereka memaklumkan bahawa prank yang dibuat hanyalah sekadar lakonan dan ia telah dirancang bersama-sama.
Wanita tersebut memberitahu dia bersetuju untuk berlakon kerana ingin mendukung TikTokers yang mahu melakukan konten di media sosial.
Saya diberi tugas untuk melakonkan watak sebagai seorang ibu yang membawa anak OKU yang mana saya di prank dengan menggunakan kek.
Susulan pendedahan bahawa semua hanyalah sekadar lakonan, ia lagi membuatkan banyak pihak berasa marah dan netizen beranggapan konten yang dibuat sememang tidak memberi faedah serta menampakkan diri seperti orang tidak berfikir panjang.
Sehingga artikel ini ditulis, video permohonan maaf itu telah meraih lebih 400,000 tontonan daripada pengguna TikTok, tetapi ruangan komen di video terbabit ditutup kerana barangkali sedar akan dikecam lebih teruk.