Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

BCL Sempat Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Sebelum Jakarta ‘Lockdown’

Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung

Bertindak mengambil kesempatan yang ada, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) khabarnya sempat menziarahi pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk melaksanakan kembali Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

BCL Sempat Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Sebelum Jakarta 'Lockdown'

Advertisement

Perkara itu dikongsikan sendiri kepada umum oleh ibunya, Emmy Muchils di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Advertisement

“#Alfatihah untuk daddy Ash #menjelang psbb#”

Menerusi posting berkenaan, Emmy dilihat menemani BCL dan anak lelakinya, Noah mengunjungi pusara arwah menantunya itu pada Sabtu lalu.

BCL Sempat Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Sebelum Jakarta 'Lockdown'

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut wanita tersebut sempat menitip ucapan takzaih kepada arwah, malah tidak ketinggalan mendoakan agar arwah menantunya sentiasa tenang di sana.

Sekadar informasi, PSBB difahamkan akan bermula hari ini (Isnin) di mana seluruh warga Jakarta diwajibkan melakukan kegiatan di rumah termasuklah bekerja dan belajar.

Untuk rekod, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari. Allahyarham telah selamat dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama