BCL Respon Tentang Dakwaan Suami ‘Songlap’ Duit Syarikat RM1.7 Juta – “Tanya Sendiri Tuan Badan…”

Hiburan

BCL Respon Tentang Dakwaan Suami ‘Songlap’ Duit Syarikat RM1.7 Juta – “Tanya Sendiri Tuan Badan…”

Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) akhirnya memberi respon terhadap isu membabitkan suaminya, Tiko Aryawardhana yang ditahan polis baru-baru ini.

Tiko sebelum ini dilaporkan ditahan berhubung dakwaan kes penyelewengan wang syarikat namun BCL berkata dia enggan memberi penjelasan lebih kerana menghormati suaminya.

Advertisement

Boleh tak kalau saya tidak mahu ulas mengenai isu tersebut? Sebaliknya ditanyakan sendiri kepada tuan badan dan biar dia yang keluarkan kenyataan.

BCL dan Tiko

Terdahulu, Tiko ditahan di Balai Polis Jakarta Selatan selepas bekas isterinya mendakwa dia menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dilakukan antara 2015 hingga 2021.

Tiko juga sebelum ini menegaskan bahawa kes berkaitan dirinya itu tiada kena mengena dengan BCL sebaliknya ia adalah masalah bersama dengan bekas isteri, Arina Winarto.

Bagaimanapun, BCL dan Tiko menerima kritikan masyarakat dan peminat di sana gara-gara dilihat menjalani kehidupan seperti tiada apa yang berlaku malah turut diperli sempat berbulan madu di Itali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

tiko dan bcl bercuti di itali
6 months ago

"Dia Ada Duit? Orang Pecah Amanah Boleh Ke Luar Negara?" - 'Honeymoon' Di Itali, Teruk Netizen Perli Suami BCL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...