Sama seperti konsert yang pernah dilakukan pada tahun 2023, penyanyi Indonesia dikenali ramai iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi berkongsi pemergian suami tercinta iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair di konsert External Love – Timeless Romance.
Kongsi kenangan dengan arwah Ashraf Sinclair, nyanyi lagu 12 Tahun Terindah
Dapat dilihat melalui perkongsiaan peminat yang menghadiri ke konsert tersebut di platform TikTok, kelihatan BCL membawa sebuah lagu yang berjudul 12 Tahun Terindah, di mana ia menceritakan momen-momen bahagia bersama arwah suami.
Penyanyi tersebut turut berkata dirinya tidak akan menyanyi lagu berkenaan jika bukan kerana konsert tersebut kerana terlalu memberi kesan mendalam dalam dirinya.
Netizen tumpang sebak, cinta pertama untuk arwah suami
Dalam video yang tular di TikTok itu, dapat dilihat BCL hampir tidak boleh menahan sebak apabila menyanyi lagu terbabit, lagi pula momen-momen yang direkod sewaktu arwah masih hidup dimainkan di screen besar dibelakangnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat BCL mendendangkan lagu tersebut, malah juga merasakan cinta penyanyi tersebut buat arwah Ashraf tidak akan pudar buat selamanya biarpun kin sudah mempunyai suami baru iait Tiko Aryawardhana.