Sejak semalam, nama penyanyi muda Masya Masyitah menjadi bualan hangat ramai di media sosial selepas dia kini sudah tidak lagi bertudung.
Isu itu turut mendapat perhatian Nabila Huda yang telah membuatkan netizen terhibur selepas dia bertanya tentang siapakah gadis berrnama Masya Masyitah itu.
Seorang individu tolong jawabkan,
Budak baru nak up (BBNU), kesian.”
Komen aktres yang mesra dipanggil Abil itu meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang turut memberikan respon serta membalas soalannya itu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu sudah beberapa kali menjadi bualan selepas dia menggayakan fesyen yang tidak bersesuaian sebagai seorang perempuan yang bertudung.
Disebabkan akhirnya membuat keputusan untuk tampil ‘free hair’, ramai peminat yang mengkritik tindakannya malah ada yang turut ‘unfollow’ Masya di Instagram.