“B*bi Untuk B*bi, Sesuailah..” – Sarah Yasmine Dedah Perbualan Penuh Aliff Aziz Dan Ruhainies, Netizen Sifatkan Terlalu Melampau!

Hiburan

“B*bi Untuk B*bi, Sesuailah..” – Sarah Yasmine Dedah Perbualan Penuh Aliff Aziz Dan Ruhainies, Netizen Sifatkan Terlalu Melampau!

Wanita yang sebelum ini tampil mengaku dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine hari ini ada membuat pendedahan terbaru suami kepada aktres Bella Astillah itu.

Teman wanita Aliff dedah perbualan penuh dengan Ruhainies

Dalam hantaran Instagram Story, Sarah memuat naik beberapa tangkap layar perbualan Aliff bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Mengejutkan sekali apabila kedua-duanya dilihat ‘menjahanamkan’ imej Bella yang pada ketika itu masih lagi bergelar isteri kepada Aliff.

Kelihatan juga Aliff memaki hamun dan memanggil Bella dengan gelaran tidak masuk akal untuk diberikan oleh seorang seorang suami kepada isterinya.

Bella

Sarah Yasmine

 

Muncul ‘nama baru’

Malah, Ruhainies juga ada ‘memetik’ nama Emma dan Cha Cha sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen sama ada adik beradik bergelar pelakon itu ada mempunyai kaitan dalam isu tersebut.

Selain itu, Ruhainies ada memuat naik tangkap layar temu bual Bella bersama media tentang penjelasan aktres itu berhubungan dengan pelakon baharu Muaz hanya kerana ingin membuatkan Aliff cemburu kerana sering berlaku curang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sikap Ruhainies dan Aliff Aziz seperti tidak tahu malu dan melampau.

Dakwa Sarah lagi, Aliff seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh Ruhainies gara-gara aktres itu dikatakan membayar peguam bagi urusan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah
2 weeks ago

Netizen Perasan Bella Astillah & Skandal Aliff Aziz Saling 'Follow' Di Instagram - "Sharing Is Caring"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...