“Bazir Tau Tak”- Ambil Ubat Banyak Tapi Tak Makan, Doktor Kecewa Sikap Tak Jujur Pesakit

Gaya Hidup

“Bazir Tau Tak”- Ambil Ubat Banyak Tapi Tak Makan, Doktor Kecewa Sikap Tak Jujur Pesakit

Sebuah perkongsian daripada seorang pegawai perubatan di Twitter baru-baru ini mengundang pelbagai respon daripada warga maya.

Individu tersebut telah berkongsi mengenai berkotak-kotak ubat yang terbiar dan bakal dilupuskan gara-gara pesakit hanya tahu ambil sahaja dan tidak memakannya.

Advertisement

Ubat-ubat yang banyak itu kemudian dikembalikan semula oleh pesakit ke hospital namun bagi kebanyakan kes, dibuang sahaja kerana terlalu banyak di rumah.

Kata individu itu, amalan tersebut telah menyebabkan pembaziran dan sepatutunya setiap pihak terlibat (pesakit, ahli farmasi dan doktor) mempunyai peranan masing-masing.

Ujarnya, ubat-ubat tersebut bukanlah murah namun kerajaan telah memberi subsidi sekaligus membolehkan pesakit tidak perlu membeli ubat itu dengan harga yang mahal.

Dia dalam pada itu turut memberi cadangan seperti pesakit hanya meminta ubat di farmasi hospital mengikut jumlah yang diperlukan sahaja.

ubat hospital membazirSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah berkongsikan pengalaman masing-masing berhadapan dengan pesakit yang suka membazir ubat hospital.

“Isu yang tak pernah habis di mana-mana klinik kesihatan ataupun hospital. Luluh hati kalau pesakit pulangkan novomix, novorapid dengan kuantiti yang banyak.” luah seorang netizen.

LRT MRT ASKRAPID
3 years ago

"Nak Tunggu Orang Mati?"- Isu Kesesakan LRT Semakin Meruncing, Pengguna Tunggu Respon 'Orang Atas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...