“Bazir Masa, Tenaga, & Duit” – Perkhidmatan LRT Rosak Tiap Minggu, Ramai Pengguna Luah Rasa Tak Puas Hati

Berita

“Bazir Masa, Tenaga, & Duit” – Perkhidmatan LRT Rosak Tiap Minggu, Ramai Pengguna Luah Rasa Tak Puas Hati

Baru-baru ini, RapidKL telah membuat satu pengumuman mengenai perkhidmatan LRT tergendala di laman rasmi Twitter dan telah meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menerusi ciapan tersebut, RapidKL memaklumkan bahawa laluan perjalanan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi tadi.

Advertisement

Difahamkan, perkhidmatan LRT laluan tersebut kini masih dalam pemulihan dan laluan terbabit akan berada pada kelajuan dan frekuensi normal seperti sedia kala tidak lama lagi.

Diharapkan semua penumpang yang menggunakan laluan ini bersabar dan kami juga ingin memohon maaf ke atas kesulitan ini.

Namun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna telah meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati kerana perkhidmatan LRT sering tergendala hampir setiap minggu.

Masuk ofis lambat ni kalau kena tolak gaji nak claim dekat siapa? share-share sikit untung korang tu” tulis seorang pengguna Twitter.

lrt

Tiap tiap minggu memang kena ada masalah teknikal ke korang ni? Waste people time, energy and money. – Netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

duit
3 years ago

(VIDEO) "Macam Duduk Dengan Housemate" - Wanita 'Reveal' Suami Berkira Bab Duit & Tak Bagi Nafkah, Banyak Benda Kena Beli Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...