Bayi Yang Dibuang Dalam Tong Sampah Di Temerloh Diselamat dan Dirawat Lukanya. Diberikan Nama Mohd Ramadan

Trending

Bayi Yang Dibuang Dalam Tong Sampah Di Temerloh Diselamat dan Dirawat Lukanya. Diberikan Nama Mohd Ramadan

Beberapa hari lalu viral di media sosial apabila penduduk Taman Temerloh Jaya menjumpai bayi lelaki di dalam tong sampah. Bayi Lelaki ini dijumpai di dalam tong sampah dan dibalut dengan kertas surat khabar dan masih bertali pusat. Bayi berkenaan ditemui oleh seorang penduduk yang baharu sahaja pulang daripada mengerjakan solat Subuh di masjid berhampiran sebelum bertindak membawanya ke HOSHAS.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi seberat 2.4 kilogram yang ditemui pada hari kedua umat Islam mengerjakan ibadah puasa semalam.

Bayi lelaki tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

“Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan. Untuk sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu.

“Kemudian bayi ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan kerajaan negeri akan membantu segala aspek kebajikan bayi malang ini dalam tempoh jagaan berkenaan,”katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir setengah jam melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS dengan turut diiringi Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainal Abidin.

Pihak JKM telah menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun ia akan mengambil sedikit masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

Sementara itu Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainal Abidin menasihati mana-mana wanita yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi mereka sebaliknya menyerahkan di mana-mana pusat JKM untuk membolehkan kebajikannya dijaga.

“Jangan takut sebab kami tidak akan mengambil tindakan, malah identiti mereka juga akan kami rahsiakan. JKM juga bersedia menjaga mana-mana wanita yang hamil luar nikah sehingga mereka melahirkan anak sekiranya mereka tidak mempunyai tempat untuk dituju,” katanya. — Bernama

Bayi lelaki tersebut diberikan nama Mohd Ramadan semperna bulan ramadan yang sedang dijali oleh umat islam di serata dunia.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...