Bayi Usia Sebulan Maut Tercekik Susu Diberikan Jururawat

Berita

Bayi Usia Sebulan Maut Tercekik Susu Diberikan Jururawat

Seorang bayi lelaki berusia 30 hari dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat  jagaan berpantang di Kota Bharu pada Isnin lalu.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud di mana pihak mereka menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 pagi.

Advertisement

Difahamkan, pihak polis telah menerima satu laporan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke Kota Bharu Medikal Center (KBMC) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Berikutan, seorang wanita berusia awal 20-an  dan masih bujang itu telah ditahan dan dibawa ke Mhakmah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan permohonan tahanan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2011 dan siasatan masih diteruskan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ayah rangka rajin ke surau
2 months ago

"Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah, Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk" - Jiran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...