Bayi Usia 19 Hari Maut & Kakak 9 Tahun Koma Akibat Kemalangan, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Kehidupan

Bayi Usia 19 Hari Maut & Kakak 9 Tahun Koma Akibat Kemalangan, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Dalam kejadian yang menyayat hati berlaku di Rembau, Negeri Sembilan, seorang bayi lelaki baru berusia 19 hari meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 3.8, Jalan Kampung Batu-Inas, dekat Bukit Miku, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.50 pagi itu, bayi berkenaan, Muhammad Adryan Qhalish Muhammad Adzril berada di kerusi penumpang hadapan Perodua Alza mengalami pendarahan di bahagian otak.

Advertisement

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban untuk dirawat namun malangnya selepas tujuh jam bertarung nyawa, Muhammad Adryan disahkan meninggal dunia pada jam 3.43 petang.

Hospital Tuanku Jaafar Seremban

Sementara itu, kakak bayi itu,  Putri Eshal Muhammad Adzril, 9, yang merupakan penumpang di tempat duduk belakang kini dalam keadaan koma akibat pendarahan di bahagian otak dan dirawat di hospital sama.

Tambah Azmi Ali, ketika kejadian ibu mangsa berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Inas ke SK Kampung Batu untuk menghantar tiga lagi anak perempuannya berusia 11 tahun dan pasangan kembar berusia 10 tahun.

Ketika sampai di tempat kejadian iaitu di kawasan selekoh dan cerun, pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan. Akibat dari kemalangan tersebut, wanita terbabit mengalami kecederaan pada bahagian bahu.

kemalangan di Rembau bayi 19 hari maut

Tiga kanak-kanak lain tersebut pula mengalami kecederaan lebam di kepala dan sudah pun diberikan rawatan diperlukan di Hospital Rembau.

lelaki maut anak baru berusia 8 bulan
2 months ago

7 Tahun Menanti Zuriat, Suami Meninggal Dunia Kemalangan Ketika Bayi Baru Berusia 8 Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...