“Bayi Tu Dah Berusia 4 Tahun” – Ramai Tiba-Tiba Ucap Tahniah, Izzue Islam Didakwa Ambil Anak Angkat

Hiburan

“Bayi Tu Dah Berusia 4 Tahun” – Ramai Tiba-Tiba Ucap Tahniah, Izzue Islam Didakwa Ambil Anak Angkat

Pelakon dan pengacara hebat, Izzue Islam mengakui dirinya berasa terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan dia bersama isteri telah mengambil anak angkat.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, video yang tersebar itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat termasuklah keluarganya sendiri.

Advertisement

Memang ia satu berita yang baik, tetapi tidak elok kalau dilakukan begini. Kalau betul kami ada anak angkat, mana bayi itu sekarang?

@amuniodpzmp #izzueislam🌹 #izzueislam #izzueawin #awinnurin #fypmalaysia #fypage #fyp #doabaikbaik🤲 #penantian10tahunku ♬ Karna bersama mu terasa indah – Levyleo

Menjelaskan isu mengambil anak angkat itu, pelakon terbabit berkata bayi yang ada bersamanya serta isteri dalam video berkenaan merupakan anak saudara dan ia dirakam sekitar empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Izzue sempat menasihati pengguna media sosial untuk berhenti dari melakukan hal-hal seperti itu serta minta peminat untuk dapatkan info sahih daripada tuan empunya badan sendiri.

Sekadar info, Izzue Islam dan isteri, Awin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.

Izzue Islam anak
1 year ago

"Kalau You Okay, I Boleh Jadi Nombor 2" - Wanita Tawar Diri Nak Beri Zuriat, Izzue Islam Mohon Jaga Hati Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...