Saksi satu kemalangan mendakwa seorang bayi terselamat kerana terkeluar dari rahim ibunya semasa ibu malang itu dilanggar trak dan terbunuh.
Wang Zhau, 40, yang sedang sarat mengandung, berada dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya, Mao, 42, apabila mereka dilanggar trak dan kedua-duanya tercampak dari motorsikal.
Saksi mendakwa tayar trak telah menggilis wanita itu dan bayi itu terkeluar dari rahimnya sebagai impak dan terselamat kerana tercampak tiga meter.
Ada yang melaporkan bahawa wanita itu melahirkan bayi sebaik saja dilanggar kemudiannya meninggal dunia. Suami Zhau juga terbunuh dalam kejadian itu tetapi bayi mereka dibawa ke hospital di Xiamen, wilayah Fujian dan dijangka akan selamat.
Jurucakap polis, Chan Chien berkata:
Saksi mendakwa wanita itu dilanggar trak dan melahirkan anak dengan serta merta.
Ada saksi lain mendakwa bayi itu terkeluar dan tercampak tiga meter dari rahim ibunya sebagai impak pelanggaran.
Bagaimanapun kami dapat tahu dari keluarganya yang wanita itu mula sakit bersalin pada pukul 8.30 pagi dan suaminya memutuskan untuk menghantar isterinya ke hospital menggunakan motorsikal dan tidak mahu menunggu ambulans.
Kemalangan itu berlaku sewaktu mereka menghampiri simpang Maqing Lu dan Jiaosong Lu.
Polis mengesahkan sudah menahan reman pemandu trak berusia 45 tahun yang membelok ke simpang sewaktu motor itu mendekati.
Peristiwa yang mengejutkan itu mendapat liputan muka hadapan akhbar-akhbar China dan Persekutuan Kebajikan Xiamen telah menderma sebanyak 5, 000 yuan kepada hospital untuk kebajikan bayi yatim piatu itu, yang diharapkan akan dijaga oleh saudara mara ibu bapanya.
Ada juga yang datang ke hospital mambawa hadiah untuk bayi itu.
Ahli perubatan Kuan-Yin Fan berkata:
Bayi itu sihat dan kami jangka dia tidak akan mengalami masalah untuk sembuh dari kecederaan ringan dan mungkin boleh diberikan kepada keluarganya minggu depan sekiranya mereka bersetuju menjaganya.
Laporan asal: DailymailUK