Bayi Setahun 5 Bulan Maut Digilis, Sepupu & Ibu Bapa Tak Sedar Ada Belakang Kenderaan Ketika ‘Reverse’

Kehidupan

Bayi Setahun 5 Bulan Maut Digilis, Sepupu & Ibu Bapa Tak Sedar Ada Belakang Kenderaan Ketika ‘Reverse’

Seorang bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu sepupunya di Kampung Darat Kolam, Kerteh, Kemaman.

Memerik laporan Kosmo, bayi yang dikenali sebagai Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sepupunya yang berusia 19 tahun itu sedang mengundurkan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya.

gilis

Sumber: Berita Harian

Difahamkan, bayi itu tinggal di rumah bersebelahan namun dikatakan keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

Malangnya, sepupunya tidak menyedari perkara itu dan dipercayai terlanggar mangsa yang menyebabkan dia cedera parah dan meninggal dunia.

Menurut Hanyan, mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan dan mayatnya dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lemas
10 months ago

Bayi Berusia Setahun Mati Lemas Terlepas Daripada Pegangan Bapa Ketika Berkayak Di Sungai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...