Bayi Perut Kembung? Elak Sapu Minyak Panas Mengandungi ‘Methyl Salicylate’, Boleh Terkena Keracunan!

Berita

Bayi Perut Kembung? Elak Sapu Minyak Panas Mengandungi ‘Methyl Salicylate’, Boleh Terkena Keracunan!

Rasanya sudah menjadi kebiasan untuk golongan ibu-ibu menyapukan minyak panas kepada bayi ketika mereka alami masalah perut kembung kan?

Setiap kali selepas para ibu menyapukan minyak tersebut ke perut bayi, ‘angin’ keluar dan barulah bayi yang meragam akan berasa lebih selesa.

Advertisement

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam memilih minyak panas yang sesuai untuk disapukan kepada bayi kerana rata-rata minyak panas yang dijual mempunyai bahan kandungan yang boleh menyebabkan keracunan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Public Health Malaysia di laman Facebook mereka dan para ibu bapa dinasihatkan untuk elak dari guna minyak panas yang mengandungi Methyl Salicylate kepada anak mereka.

Ini kerana, hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara telah menerima kes keracunan dari bahan tersebut yang melibatkan kanak-kanak, sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.

Antara gejala keracunan yang bakal dihadapi adalah sepeti loya, muntah, berdegung pada telinga, sawan dan paling teruk, koma.

Seelok-eloknya, ibu bapa sebelum beli sesuatu barang untuk bayi, check dulu kandungan barang tersebut.

Antivaksin pendakwah terkenal
3 years ago

Penceramah Bebas Mengaku Tidak Divaksin, Bawa Jemaah Anti-Vaksin ke Arab Saudi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...