Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bayi Perempuan Rini AF Kritikal Selepas Dilahirkan 2 Hari

Sedihnya Abang Nara mendengar perkhabaran ini. Selepas gembira selamat melahirkan cahaya mata sulungnya baru-baru ini, anak Rini AF terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan selepas lemas akibat jatuh katil. Bayi yang diberi nama Maryam Joanna ini telah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.25kg.

bayi rini af

Advertisement

Maryam Joanna kini berada di Hospital Kajang dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Bercerita tentang tragedi ini, Rini berkata kepada portal Murai:-

Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah. Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

Abang Nara berharap agar Rini dan suami tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sama-samalah kita doakan agar anak Rini akan sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Moga-moga dapat discharge awal untuk sambut Hari Raya bersama-sama. Amin~~

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 Comments

  1. mak yam

    August 23, 2012 at 2:43 pm

    giler cuai si rini ni, ada kah tido mati lepas beranak.. aku pun baru lepas bersalin umur bby skrang ni bru masuk satu bln..mmg tak terlelap mata..hampir setiap setengah jam mata aku akan otomatik terjaga tengok2kn bby takut2 benda2 mcm ni terjadi..

  2. Anonymous

    August 21, 2012 at 9:01 pm

    bersimpati dengan si ibu.kehilangan anak bukanlah mudah apatah lagi berpantang tanpa anak.cukup2 lah kata si ibu cuai.berpantang bukan mudah,ibunye pun penat.ada rahmat disebalik semua perkara.moga pemergian Maryam membawa seribu rahmat kepada keluarga dan kita.

  3. A concern citizen

    August 19, 2012 at 12:25 am

    Takziah buat Rini sekeluarga.. Sudah takdir Ilahi utk mengambil nyawa Maryam. Semoga Rini dan suami tabah menerimanya.

    But apa yg saya nk mention dkt sini, sudah2 la kata Rini tu cuai.. benda dh nk jadi.. Nk buat camne? Sungguh kasar bunyinya bila kata orang tu cuai jaga anak. Sepatutnya kita just bg support n doakan anaknya itu dlm keadaan kritikal mcmni. Bukan nk kata mcm tu plak kat ibu bapanya. Tak kesah la salah dia atau tidak, but bila sebut ‘cuai’.. It just stresses up the parents more. Be a good Malaysian n show some support with dia instead of pointing the negative.

  4. Pingback: | Kaki Bising Dot Com

  5. Sayaaa

    August 18, 2012 at 4:08 pm

    Jgn slhkn dia tido atas katil…org brsalin normal ngn operate ni xsama…operate ada ksn ubat bius,akn rasa sakit blkg…sbb tu dia tido atas katil…rini tgh brsedih,xperlu semua nk slhkn dia….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama