August 15th, 2012

Sedihnya Abang Nara mendengar perkhabaran ini. Selepas gembira selamat melahirkan cahaya mata sulungnya baru-baru ini, anak Rini AF terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan selepas lemas akibat jatuh katil. Bayi yang diberi nama Maryam Joanna ini telah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.25kg.

bayi rini af

Maryam Joanna kini berada di Hospital Kajang dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Bercerita tentang tragedi ini, Rini berkata kepada portal Murai:-

Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah. Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

Abang Nara berharap agar Rini dan suami tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sama-samalah kita doakan agar anak Rini akan sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Moga-moga dapat discharge awal untuk sambut Hari Raya bersama-sama. Amin~~


34 responses to “Bayi Perempuan Rini AF Kritikal Selepas Dilahirkan 2 Hari”

  1. cempaka sari says:

    Lain kali beli ler katil khas untuk baby… x reti2 nak pikir ker..

  2. Anonymous says:

    Lain kali beli katil khas untuk baby…

  3. poen kembang says:

    SABOR BNYK2 LERRR… GUA BUASIR DAAAAA….

  4. Lulu says:

    Walaupun bende ni mungkin berlaku atas kelalaian ibu bayi tu tapi bukan berlaku dengan sengaja. Tak perlu salahkan sesiapa kerana itu dah termaktub dlm qada dan qadar Allah. kalau bukan sbb jatuh katil pun bayi tu tetap akan pergi dgn cara lain. tak payah nak tuding jari dan mengaku diri tu baik mcm malaikat. yang penting ibu kepada bayi itu perlu dorongan yang kuat dari semua orang.. korang yg buang masa kat sini pun sedih apetah lagi ibu dia.

Loading...