Bayi Perempuan Kembar Berkongsi Badan Dengan Dua Kepala Di India Meninggal Dunia

Trending

Bayi Perempuan Kembar Berkongsi Badan Dengan Dua Kepala Di India Meninggal Dunia

Bayi perempuan kembar yang lahir dengan dua kepala dan satu badan telah meninggal dunia setelah bertarung nyawa untuk 20 hari kerana kegagalan jantung.

Bayi-bayi itu lahir secara pembedahan dengan berat 3.37 kg pada 13 Mac.

Advertisement

Mereka lahir dengan satu badan, dua kepala, dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus dan trakea yang berasingan. Namun mereka hanya memiliki satu jantung, satu perut dan satu paru-paru setiap seorang.

Apa yang tragik ialah ibu mereka, Urmila Sharma, 28, memutuskan yang dia tidak sanggup melihat bayinya sebelum mereka meninggal dunia.

Bapa mereka, Subhash, 32, berkata:

Kami mengharapkan keajaiban namun nampaknya tuhan ada perancangan lain untuk mereka.

Dia juga memberitahu yang walaupun tidak terkejut, dia tetap merasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Kami tidak akan dapat lupakan mereka, mereka sentiasa ada dalam hati kami. Kami berharap anak kami yang seterusnya akan berada dalam keadaan normal.

Sekiranya isteri mengandung lagi, saya akan pastikan dia mendapat pemantauan doktor sepenuhnya supaya jika ada apa-apa berlaku, kami akan lebih bersedia.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...