Bayi Perempuan 11 Bulan Maut Diseksa Suami Pengasuh

Trending

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut Diseksa Suami Pengasuh

Kes dera bayi dan kanak-kanak yang berada di bawah penjagaan pengasuh bukanlah satu benda yang baru di Malaysia.

Perkara seperti ni menyebabkan ramai ibu bapa yang takut untuk melepaskan anak-anak meraka kepada penjaga tetapi kebanyakan mereka tiada pilihan lain kerana perlu keluar mencari rezeki.

Advertisement

Walaupun bukan semua pengasuh berperangai kejam seperti itu, tetapi akibat segelintir ini ramai ibu bapa yang trauma dan berada dalam dilema.

Malang tidak berbau, satu lagi kes yang melibatkan penderaan telah mengejutkan negara ini. Tetapi kali ini tidak melibatkan pengasuh tetapi suaminya.

Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Mangsa, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Serdang dan dilaporkan sebagai pesakit yang tenat pada jam 3.05 petang, Rabu lalu.

“Ketika dihantar ke hospital terbabit oleh kedua ibu bapanya, mangsa dalam keadaan kritikal dan diberikan bantuan pernafasan. Pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan baru pada himen dan dubur mangsa.”

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kesan objek tumpul di kepala dengan tempurung kepala bayi terbabit pecah, selain kesan lebam pada bahagian atas kepala mangsa.

Selain itu, terdapat juga kesan penderaan seksual terhadap bayi berkenaan.

Ketika dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi, mangsa dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, pada sebelah petang, ibunya mendapati mangsa sesak nafas dan dibawa ke Klinik Bandar Baru Bangi, sebelum dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Ibu bapa mangsa menetap di Bandar Baru Bangi, menghantar bayi itu ke rumah pengasuh yang juga tinggal di kawasan perumahan sama sejak September lalu.

Pihak polis telah menahan pengasuh dan suaminya masing-masing berusia 28 dan 36 tahun untuk siasatan lanjut.

Kes itu pada awalnya diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Namun, selepas mangsa meninggal dunia, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang bekerja sebagai penggunting rambut telah menjalani ujian air kencing dan didapati positif dadah methamphetamine.

Ibu mangsa juga baru mendapat tahu yang anaknya sebenarnya telah dijaga oleh suami pengasuh sejak hari pertama kerana dia menganggap isterinya tidak boleh membuat kerja.

Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.” 

Semoga ibu bapa mangsa tabah menghadapi ujian ini dan pesalah mendapat hukuman setimpal seperti yang sangat diinginkan oleh ibu mangsa.

Sumber:NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...