Bayi Maut Ditinggalkan Di Dalam Kereta Selepas Bapa Terlupa Hantarkan Ke Pusat Asuhan Sebelum Kerja

Trending

Bayi Maut Ditinggalkan Di Dalam Kereta Selepas Bapa Terlupa Hantarkan Ke Pusat Asuhan Sebelum Kerja

Bukan kali pertama kejadian melibatkan bayi maut akibat ditinggalkan di dalam kereta disebabkan kecuaian ibu bapa. Jika diikutkan, sebelum ini juga pernah berlaku kes yang sama yang akhirnya membawa kepada kematian. Yang terbaru, bayi berusia 9 bulan maut kerana sebab yang sama.

Ayah mangsa yang bekerja di Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan meletakkan kenderaannya di ruang parkir kereta terlupa tentang anaknya yang berada di bahagian penumpang belakang kereta. Bayi tersebut dipercayai ditinggalkan sejak jam 9 pagi sehingga 1 tengahari.

Advertisement

Menjerit ‘Allahuakbar’

Kejadian ini hanya disedari oleh bapa mangsa pada jam 1 tengahari ketika dia ingin keluar makan tengahari. Bapa mangsa yang kembali ke keretanya itu hanya mampu menjerit ‘Allahuakbar’ selepas melihat anaknya terbaring kaku di kerusi bayi.

bayi

Jeritan bapa mangsa menarik perhatian mereka yang berada di kawasan sekeliling yang terus memberikan bantuan. Mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik dikejarkan ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dan didapati sudah meninggal dunia.

Mangsa sepatutnya dihantarkan ke pusat asuhan bayi sebelum bapa mangsa bergerak ke tempat kerja. Sebelum itu, bapa mangsa telah menghantar isterinya dan dua lagi anaknya sebelum bergerak ke tempat kerja. Mangsa kemudiannya dibawa ke Forensik Hospital Tengku Aampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...