Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi kepada orang ramai perkembangan terkini kandungannya selepas membuat pemeriksaan bulanan bersama pihak doktor.
Kata Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana kandungannya itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Tambahnya lagi, saiz bayi kedua ini difahamkan agak sedikit kecil jika hendak dibandingkan ketika dia mengandungkan anak sulungnya.
View this post on Instagram
Cuma tu lah, baby breech (songsang) lagi. Doktor kata banyakkan buat position sujud dan doa.
Bagaimanapun, Tasha memaklumkan dia perlu perbanyakkan melakukan aktiviti regangan memandangkan kedudukan bayi di dalam kandungannya difahamkan masih berada dalam keadaan sonsang.
Khabar perkembangan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya dan meninjau di ruangan komen, rata-rata tumpang gembira selain berharap agar penyanyi itu serta anak dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.