Bayi Lumpuh Menang Saman 5 Juta Sebab Kecuaian Hospital Awam, Jangka Hayat Hanya Sampai 23 Tahun

Berita

Bayi Lumpuh Menang Saman 5 Juta Sebab Kecuaian Hospital Awam, Jangka Hayat Hanya Sampai 23 Tahun

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu telah mengarahkan sebuah hospital awam untuk membayar saman RM5 juta atas dakwaan kesalahan cuai yang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lumpuh.

Lapor BH Online, kanak-kanak tersebut, Nur Adeena yang dilahirkan secara pembedahan telah mengalami kecederaan saraf tunjang akibat komplikasi sekaligus menyebabkan lumpuh dari leher ke bawah.

Advertisement

Doktor pakar menerangkan bahawa bayi malang itu berkemungkinan hanya mampu hidup sehingga usia 23 tahun dan Hakim Datuk Akhtar Tahir berpendapat bahawa mangsa layak mendapat pampasan secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu. Oleh itu, mahkamah hanya boleh memberikan jumlah mencerminkan kerugian dalam serta jumlah itu tidak boleh terlalu tinggi sebaliknya munasabah.

Mahkamah juga berpandangan jumlah ganti rugi diberikan mesti mengimbangi sebaik mungkin perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung penjaga kanak-kanak itu.

Sekadar info, hospital awam tersebut pernah melakukan siasatan sebelum mendapati pegawai perubatan bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan serta dilakukan tanpa pantauan pakar perbidanan dan sakit puan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas pemain bola sepak liga super
1 year ago

Bertindak Agresif Ketika Ditahan, Bekas Pemain Bola Sepak Terlibat Kes Rompak & Pecah Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BH Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...