Sebelum ini, seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas gara-gara terlepas daripada pegangan bapanya ketika berkayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.
Memetik laporan Kosmo, bayi dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu telah dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau sebelum ditemukan semula dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung.
Terkini, seorang penduduk kampung, Razali Hanapiah berkata kejadian lemas membabitkan bayi lelaki itu telah mengejutkan penduduk di situ.
Jelasnya, air sungai agak deras dan keruh pada hari kejadian kerana hujan lebat pada malam sebelumnya.
Bukan kita halang pengunjung ke sini untuk beriadah tetapi perlu tengok pada kesesuaian waktu dan keadaan sungai.
Bukan itu sahaja, Razali memaklumkan keadaan sungai itu agak dalam, arus berpusar, berbatu, terdapat jeram, dan apabila hari hujan air sungai akan menjadi deras dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air.
Tambahnya lagi, pengunjung tidak sepatutnya melibatkan anak-anak dalam aktiviti air tanpa memakai jaket keselamatan.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Suhaimi mendakwa lokasi kejadian itu juga terdapat cerita misteri yang dikatakan terdapat batu besar dengan di bawahnya terdapat satu lubang dalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.