Bayi Kembar Ini Dilahirkan Selang Tiga Minit, Pada Tahun Yang Berbeza. Menarik!

Trending

Bayi Kembar Ini Dilahirkan Selang Tiga Minit, Pada Tahun Yang Berbeza. Menarik!

twins2n-1-web

Di sebalik kegembiraan seorang ibu, Maribel Valencia melahirkan sepasang bayi kembar comel terdapat sedikit kesulitan apabila kedua-dua anaknya itu dilahirkan dalam tahun berbeza.

Advertisement
Beliau yang pada awalnya dijadualkan menjalani pembedahan Caeserean pada 6 Januari ini terpaksa dibatalkan selepas kandungannya memberi isyarat untuk keluar lebih awal ketika jam detik tahun baru hampir tiba.
Beliau dan suami yang berharap untuk bayi mereka lahir pada awal tahun baru nampaknya berubah apabila Maribel melahirkan anak pertama, Jaelyn lebih awal iaitu pada jam 11.59 malam 31 Disember 2015 manakala anak kedua, Luis mereka dilahirkan pada jam 12.02 pagi 1 Januari 2016 di dewan bersalin Pusat Perubatan Kaiser Permanente Zion.

twins2n-3-web

Pihak hospital mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pasangan kembar ini lahir dengan ketinggian 47 sentimeter sementara Jaelyn mencatat berat 2.23 kilogram manakala Luis seberat 2.52 kilogram.
Pasangan Jaelyn dan Luis ini merupakan anak kedua dan ketiga mereka kerana mereka sudah mempunyai seorang lagi cahaya matam iaitu Isabella, yang berusia tiga tahun.
“Peristiwa ini begitu istimewa,” ujar jururawat Lynnette Coetzee. “Saya tidak pernah melihat kejadian sebegini sepanjang 34 tahun menjadi jururawat.” katanya.
Admin rasa ini adalah sesuatu yang menarik. Bayi dilahirkan selang 3 minit dalam tahun yang berbeza. Amazing!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...