Gempar apabila seorang bayi lelaki di Iraq yang dilaporkan memiliki tiga alat sulit sehingga mencuri tumpuan ramai masyarakat dunia.
Khabarnya, The Sun melaporkan bayi berkenaan mengalami sindrom aneh dikenali triphallia yang belum pernah dilaporkan sebelum ini.
Doktor di wilayah Kurdistan memperincikan kes berkenaan dalam jurnal perubatan, Jurnal Laporan Kes Pembedahan Antarabangsa.
Lebih pelik, bayi comel itu telah disahkan mempunyai tiga alat sulit ketika sudah berusia tiga bulan. Biar betul?
Pun begitu, sehingga kini para doktor masih belum dapat kepastian mengapa ‘keadaan’ bayi itu tidak disedari selepas kelahirannya.
Sebagai langkah inisiatif, ibu bapanya dari bandar Duhok telah pun merujuk kes anak mereka ke hospital selepas melihat ada bengkak di skrotum dan dua lebihan ‘kulit’.
Ketika kejadian, Doktor yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila mendapati bonjol itu berbentuk alat sulit sepanjang dua sentimeter (sm) dan satu sm.
Meskipun begitu, alat sulit itu tidak berfungsi seperti organ normal dan tiada uretra (saluran kencing).
Malah, satu alat sulit mempunyai bentuk, tetapi tidak jelas sama ada ia boleh menghubungkan ke sistem pembiakan atau sebaliknya.
Pasukan perubatan di Iraq yang diketuai Dr Shakir Saleem Jabali memaklumkan tiada bukti mengenai masalah kesihatan lain pada bayi berkenaan.
Katanya, mereka sudah cuba melihat faktor lain menyebabkan terjadinya keadaan itu seperti pendedahan terhadap alkohol atau ubat-ubatan ketika dalam kandungan.
Kesan daripada itu, pasukan perubatan kebanyakkannya masih bingung memikirkan bagaimana keadaan itu terjadi sebelum memutuskan untuk memotong alat sulit tambahan itu.
Korang pernah ke dengar situasi macamni?