Sebelum ini, ibu bapa kepada seorang bayi telah membuat laporan polis bahawa bayi mereka Adam Rayqal Mohd Sufi telah hilang dalam jagaan pengasuhnya. Pengasuh tersebut mendakwa, seorang lelaki yang kelihatan seperti bapa Adam Rayqal, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, telah mengammbil bayi tersebut semalam di rumahnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Ibu Adam Rayqal turut memuat naik gambarnya ke media sosial, meminta orang awam untuk bantu mencari bayi itu.

Polis telah datang ke rumah pengasuh tersebut untuk mengambil keterangan. Disebabkan keterangan pengasuh itu meragukan, polis telah membuat soal siasat sekali lagi dan pengasuh telah mengaku bahawa Adam Rayqal telah meninggal dunia dalam jagaannya.
Ini seterusnya membawa kepada penemuan mayat Adam Rayqal yang dibalut dengan sehelai kain lampin dan dimasukkan ke dalam satu beg hijau berzip seperti diberitahu oleh Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad.
Pengasuh bayi itu yang berusia 33 tahun dan rakan serumahnya yang berusia 36 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu dikelaskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Netizen melahirkan rasa berang mereka atas penipuan pengasuh tersebut. Gambarnya kini tesebar di media sosial.
Mayat Adam Rayqal telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mengenal pasti punca kematian. – amazingnara.com
Sumber: New Straits Times