Baru-baru ini, seorang bayi yang dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan dikatakan lahir dalam keadaan yang penuh dengan kekurangan kerana dipercayai ibu bapanya merupakan adik beradik.
Bayi lelaki terbabit yang dihasilkan dari hubungan sumbang mahram meninggal dunia selepas dua jam 10 minit dilahirkan di dunia.
Difahamkan dari Harian Metro, ibu bayi tersebut yang berusia 28 tahun telah melahirkan anak lelakinya itu ketika usia kandungan cecah 35 minggu dan empat hari.
Menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan, bayi tersebut dilahirkan ‘kongenital iktiosis yang teruk’ dan kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai mengancam nyawa.
Terbukti dalam kebanyakkan kes, bayi yang dilahirkan dari perkahwinan yang membabitkan saudara terdekat akan mengalami pelbagi kecacatan genetik.