Bayi Dicampak Dari Tingkat Empat Disahkan Alami Retak Tempurung Kepala Dan Kecederaan Hati

Trending

Bayi Dicampak Dari Tingkat Empat Disahkan Alami Retak Tempurung Kepala Dan Kecederaan Hati

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian tragis di mana seorang ibu tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan dari rumahnya. Jiran di kawasan perumahan flat tersebut yang mendengar bunyi dentuman kuat kemudian menjumpai bayi yang dibuang itu.

Jiran tersebut yang mendapati bayi tersebut masih dalam keadaan hidup segera mengubungi pihak berkuasa untuk ke tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan A A Anbalagan berkata, bayi itu akan dirujuk kepada pakar dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan kecederaan yang dialaminya.

Advertisement

Tempurung kepala retak

bayi dicampak

Oleh kerana kesan hentakan dicampak dari tingkat empat di perumahan flat itu, bayi perempuan itu mengalami retak pada tempurung kepala dan kecederaan di hati. Maklumat daripada doktor mendapati bayi berkenaan mengalami kecederaan terbabit dengan luka sepanjang dua sentimeter di kepalanya.

Campak kerana panik

bayi dicampak

Siasatan polis membawa kepada penahanan remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga pembantu kedai. Dia mengaku melahirkan bayi pada jam 7 pagi dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Kedua ibu bapanya kini di Kelantan manakala adik beradiknya tidak tahu mengenai kejadian itu.

Perempuan berusia 18 tahun itu didakwa membuang bayinya dari tingkat empat rumah selepas panik dan mengelak diketahui ahli keluarga. Suspek kemudian mendedahkan bapa kepada bayi tersebut adalah teman lelakinya yang juga berusia 18 tahun. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru di Georgetown semalam.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...