Bayi Berusia Lima Bulan Meninggal Dunia Setelah Minum Darah Penyu

COVID-19

Bayi Berusia Lima Bulan Meninggal Dunia Setelah Minum Darah Penyu

Seorang bayi berusia lima bulan meninggal dunia setelah meminum darah penyu yang didakwa mampu melindunginya dari virus COVID-19.

Media tempatan di Republik Dominika melaporkan, kedua ibu bapa dan kakaknya yang berusia tujuh tahun kritikal dan dimasukkan ke hospital setelah turut meminum darah haiwan itu yang dipercayai sebagai ramuan mengubati penyakit COVID-19. Ia dikatakan disyorkan kepada mereka oleh seorang ‘bomoh’ dari Haiti.

Advertisement

Gambar hiasan

Bayi itu dilaporkan telah pun meninggal dunia ketika sampai di Rosa Duarte Hospital di Comendador. Ahli keuarganya kini dikatakan berada di dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pengarah Hospital Dahiana Volquez dipetik sebagai berkata, kes-kes seperti ini adaah disebabkan oleh sesetengah individu yang menganggap ramuan seperti ini mampu menyembuhkan sesuatu penyakit, tetapi sebaliknya ia boleh mematikan.

Comendador adalah sebuah kawasan perbandaran di wilayah Elias Pina di perbatasan antara Republik Dominika dan Haiti.

Gambar hiasan

Bayi perempuan itu dilaporkan telah meninggal dunia empat hari yang lalu, walaupun butirannya hanya diketahui pada hari Selasa.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...