Bayi Amerika Pertama, Lahir Dari Rahim Penderma Meninggal Dunia

Kehidupan

Bayi Amerika Pertama, Lahir Dari Rahim Penderma Meninggal Dunia

Amerika Syarikat (AS) telah menyambut bayi pertama yang dilahirkan seorang wanita yang mendapat rahim daripada seorang penderma yang sudah meninggal dunia.

Bayi perempuan ini telah dilahirkan di Clevand Clinic, Cleveland, Ohio pada bulan Jun menerusi kaedah pembedahan.

Advertisement

Pakar bedah telah memindahkan rahim daripada penderma yang sudah meninggal dunia ke dalam badan ibu bayi perempuan pada hujung tahun 2017.

Menurut Mirror, Wanita 30, yang tidak mahu dinamakan telah mengandung menerusi kaedah IVF pada hujung tahun 2018.

Pakar transplan Dr Andreas Tzakis berkata, bayi itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.

Ia amat menakjubkan melihat proses kelahiran yang luar biasa ini.

Menerusi penyelidikan ini, kami berhasrat melakukan proses ini kepada wanita yang memilih proses ini.

Kami berterima kasih kepada penderma dan keluarganya kerana merealisasikan impian pesakit untuk memiliki anak.

Pembedahan ini juga berjalan lancar semasa proses melahirkan bayi perempuan ini. Bayi dan ibu dikatakan sihat selepas selamat menjalani pembedahan.

Bidang transplantasi rahim semakin berkembang pesat. Ini amat menarik dan boleh menjadi satu pilihan bagi wanita pada masa hadapan.

Pembedahan pertama yang berjaya adalah di Sweden, iaitu pada lima tahun yang lalu.

Untuk pembedahan yang pertama, doktor dari Brazil telah melakukannya dari penderma yang meninggal dunia.

 

Sumber: Metro.co.uk

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...