Pelakon Emma Maembong yang kini sarat hamil tujuh bulan baru-baru ini ada memuat naik foto dirinya yang terkini di Instagram serta tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam menanti hari kelahiran anak sulungnya itu kira-kira dua bulan lagi.
Entri terbaru yang memaparkan wajah terbaru Emma tampil dengan tiada solekan di wajah, namun masih anggun dan berseri dek seri ibu mengandung.
Dalam pada itu, pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa ini juga memaklumkan bahawa dirinya sering muntah-muntah kerana bayi dalam kandungan yang sangat aktif bergerak.
“Hi my dearest baby, ure so active today sampai buat mama dia muntah-muntah. Can’t wait to see u in 2months!”
Peminat dan rakan artis yang mengikuti perkembangan Emma di laman sosial itu turut mendoakan supaya urusan kelahirannya nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Mengimbas kembali, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari yang lalu.