Menjadi peserta ketiga tersingkir dalam program terbaru, The Masked Singer Malaysia, Yana Samsudin,36, mengaku agak sukar buat dirinya mengelirukan penonton dan juri dan membiarkan panel hakim untuk meneka dengan betul siapakah dirinya di sebalik maskot yang dipakainya pada malam itu.
Dia yang memakai kostum Air Batu Campur (ABC) pada minggu ketiga program itu berkata bahawa gara-gara sudah lama tidak aktif dalam bidang nyanyian menyebabkan Yana tidak tahu bagaimana cara untuk mengelirukan juri.
“Dah lama rasanya saya tak menyanyi, kalau pergi karaoke pun lagu yang sama. Cabaran unutk program ini adalah untuk kelirukan juri. Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak buat. Sebab suara kita ada karakter, mesti akan kantoi. Tu yang saya pilih lagu senang untuk diubah, kononnya la.”
Menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza pada malam itu, Yana turut berkata bukan mudah untuk dirinya beraksi pada malam itu kerana dia kini sedang hamil dan berbadan dua.
Menurut Yana, bayi di dalam perut sering saja aktif dan kadang-kadang terasa seperti perut mengeras ketika sedang melakukan persembahan. Namun, dia tetap meneruskan nyanyian dan ‘enjoy’ dengan persembahan yang ditonjolkan pada malam itu.
Minggu ketika The Masked Singer Malaysia telah menyaksikan Rajah Brooke mengungguli tempat pertama dengan nyanyian lagu Paku karya asal Ara Johari.
Sumber : Astro Gempak