Bayi Ainul Mardhiah Pulang Ke Tanah Air Hari Ini

Trending

Bayi Ainul Mardhiah Pulang Ke Tanah Air Hari Ini

Rata-rata seluruh rakyat Malaysia mengikuti perkembangan bayi Ainul yang terbang ke United Kingdom untuk menjalani pembedahan untuk kanser Germ Cell Tumour yang dihidapinya.

Selepas pembedahan yang diketuai oleh Profesor David Dunaway ini berjaya, bayi Ainul dan keluarga dijangka pulang ke tanah air hari ini.

Advertisement

Bapanya, Ahmad Safiuddin memuat naik status di Facebook yang memberitahu mereka sedang melakukan persiapan rapi dalam membawa pulang bayi Ainul. Sebelum ini bayi Ainul pernah mendapat jangkitan selepas mengharungi penerbangan selama 13 jam ini.

“Disebabkan Ainul terlalu ‘fragile’, doktor minta supaya kurang mendedahkan Ainul supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan.”

Ainul sekeluarga juga dijangka terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejurus tiba di tanah air hari ini.Pembedahan membuang tumour seberat 200g ini telah berjaya dilakukan pada 10 Jun yang lalu di sebuah Hospital Kanak-kanak di United Kingdom (UK).

Pembedahan ini juga turut mendapat bantuan dari rakyat Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri sebagai pelatih pakar bedah di sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...