Bayi 8 Bulan Maut Di Taska – “Pengasuh Sumbat Botol, Tutup Dengan Kain & Tekup Muka Anak Saya Dengan Bantal”

Kehidupan

Bayi 8 Bulan Maut Di Taska – “Pengasuh Sumbat Botol, Tutup Dengan Kain & Tekup Muka Anak Saya Dengan Bantal”

Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Sebelum itu, bayi terbabit telah dibawa ke hospital selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 9.15 pagi, Jumaat.

Advertisement

 

Nampak kejadian sebenar di CCTV

Bapa mangsa, Mohd Fikry Amri berkata dia sudah melihat rakaman CCTV ketika kejadian dan mendapati kematian anaknya adalah disebabkan pengasuh di taska berkenaan.

Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal. Saya memang tidak percaya. Saya sendiri tengok dengan polis. Berdasarkan rakaman kejadian berlaku dalam sekitar jam 8 pagi.

kes bayi maut di taska alor gajah

bapa bayi maut di taska

Tambah Amri, sebagai bapa dia boleh reda sekiranya anaknya meninggal dunia akibat tersedak susu. Namun katanya, dia tidak boleh menerima apa yang dilakukan oleh pengasuh itu terhadap anak tunggalnya.

 

Sampai taska anak dah biru, mulut keluar darah

Difahamkan, Amri dan isteri telah menerima panggilan telefon memaklumkan keadaan bayi mereka sudah biru selain mulut keluar darah.

Sebaik tiba di taska, isteri dapati anak kami sudah tidak sedarkan diri dan muka sudah biru selain mulutnya berdarah. Isteri terus bergegas bawa anak ke Hospital Alor Gajah meskipun pihak taska meminta dibawa ke klinik kesihatan. Bagaimanapun sebaik tiba di hospital bayi kami disahkan sudah tiada.

Lebih memilukan, Amri berkata dia dan isteri menanti selama 13 tahun untuk dikurniakan zuriat namun tidak menyangka anaknya meninggal dunia hanya selepas lika hari dihantar ke taska terbabit.

bayi 8 bulan maut di taska

Dalam pada itu, dia turut berharap tindakan akan diambil sewajarnya agar perkara yang sama tidak berulang dan berlaku kepada kanak-kanak lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kematian baby syifa bukan kemalangan
5 months ago

Dua Tahun Berlalu, Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifa Bukan Kemalangan - “Tergantung Dalam Buaian Tanpa Pengawasan Pengasuh”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...