Bayi 7 Bulan Ditinggalkan Pekerja Atas Katil Maut Tersepit Di Celah Besi Katil

Kehidupan

Bayi 7 Bulan Ditinggalkan Pekerja Atas Katil Maut Tersepit Di Celah Besi Katil

Seorang bayi lelaki dilaporkan maut dipercayai tersepit besi katil di sebuah asrama kebajikan Jitra, semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, bayi berusia tujuh bulan itu ditemukan maut ketika dua pekerja asrama lelaki dan wanita masing-masing berumur 43 dan 60 tahun sedang bertugas pada ketika itu.

Advertisement

Menurut sumber, polis menerima panggilan daripada sebuah hospital pada jam 8.30 malam tadi berhubung kejadian dan bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan. Kejadian terbabit disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 hingga 8 malam apabila pekerja terbabit meninggalkan bayi tersebut di atas katil dalam keadaan terbaring dengan bantal di bahagian kiri dan kanan bayi”

Dilaporkan mereka meninggalkan bayi itu kerana ingin berbuka puasa sekaligus menunaikan solat Maghrib.

Setelah selesai solat, wanita yang bertugas itu memeriksa kawasan katil dan mendapati bayi itu tersepit dalam keadaan kepalanya tersangkut di celah katil besi.

Hasil siasatan awal mendapati kemungkinan besar mangsa cuba merangkak dan keluar melalui celahan besi katil Hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan di badan mangsa yang dikaitkan dengan unsur jenayah.

Susulan itu, polis menahan dua pekerja berkenaan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dllaporkan mangsa dihantar ke asrama berkenaan untuk jagaan sementara disebabkan ibu bapanya berada dalam tahanan berhubung dengan kes dadah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...