Bayi 6 Bulan Mati Ditanam Hidup-Hidup Oleh Ibu Sendiri

Trending

Bayi 6 Bulan Mati Ditanam Hidup-Hidup Oleh Ibu Sendiri

Seorang bayi berusia enam bulan yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri bulan lepas meninggal dunia semalam.

Bayi itu menjalani rawatan secara intensif selama tiga minggu di unit rawatan rapi (ICU) di Bayu Asih Purwakarta selepas diselamatkan, namun meninggal dunia pada Ahad kira-kira jam 08.45 pagi di ICU setelah mengalami sesak nafas.

Advertisement

Bayi malang yang diberi nama Dian Asriani itu dilapor mengalami masalah pernafasan akibat kekurangan oksigen di dalam otak serta degupan jantung yang berhenti secara tiba-tiba.

Kira-kira jam 4 pagi, mangsa mengalami sesak nafas. Kerana keadaannya yang semakin melemah, mangsa meninggal dunia pada pukul 9 pagi.

Mangsa dikuburkan tidak jauh dari rumahnya. Semua warga di sini turut mengiringi mangsa ke tempat perkuburan.

Dian Asriani ditanam hidup-hidup di belakang rumah di Kampung Pasir Muncang, di Kecamatan Kiarapedes.

Perbuatan itu dilakukan ibunya yang dipercayai mengalami kemurungan teruk setelah melahirkan Dian Asriani.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...