Bayi 6 Bulan Diberi Makan Bubur, ‘Nurse’ Dedah Kesan Buruk

Trending

Bayi 6 Bulan Diberi Makan Bubur, ‘Nurse’ Dedah Kesan Buruk

Anak merupakan anugerah istimewa yang dikurnia oleh Allah SWT kepada umatnya yang telah menjalani fasa perkahwinan. Ia menjadi tanggungjawab mereka bagi menjaga serta mendidik bayi atau anak ini supaya membesar dalam persekitaran yang sihat serta berdisiplin.

Selain itu, penjagaan dan diet yang seimbang perlu dititikberatkan oleh para ibu bapa demi menjamin kesihatan anak-anak. Bukan sahaja orang dewasa, malahan bayi juga perlu ditekankan tentang jenis pemakanan anak-anak mengikut usia mereka.

Advertisement

4 bulan lalu

Baru Dua Jam Lahir, Bayi Dijangkiti Covid-19 Meninggal Dunia

Namun, terdapat juga kejadian memaparkan pasangan suami isteri yang sanggup memberikan makanan yang tidak sepatutnya kepada anak yang ketika itu masih menggunakan susu badan. Ia jelas mampu memberikan kesan yang buruk kepada bayi oleh kerana mereka terlalu kecil untuk menerima makanan pepejal.

Tular video ibu beri anaknya bubur

Perkara sama juga turut berlaku apabila terdapat sebuah kejadian membabitkan seorang ibu yang tidak diketahui identiti sanggup menyuapkan anaknya yang berusia 6 bulan dengan makanan pepejal iaitu bubur.

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama akakmisisukamakeup yang memaparkan seorang jururawat memberi teguran terhadap kejadian tersebut.

Advertisement

Menerusi video tersebut, nurse berkenaan telah memberikan amaran kepada para ibu supaya tidak memberikan makanan berat kepada bayi yang berusia kurang dari 6 bulan.

Menurutnya, bayi berumur kurang 6 bulan hanya memerlukan susu badan atau susu formula dan tidak memerlukan sebarang makanan.

Makanan pepejal mampu beri kesan buruk kepada bayi

Ibu suap bubur pada bayi 6 bulan

Tangkap layar bayi dalam perkongsian video tersebut – via TikTok

Menurutnya, bayi yang diberikan makanan seperti bubur pada usia kurang 6 bulan akan memberikan kesan buruk kepada sistem pencernaannya kerana masih belum ‘berfungsi’.

Tambahnya lagi, bayi yang diberi makan sebelum 6 bulan sangat mudah untuk mengalami cirit birit dan sembelit. Sistem pencernaan mereka masih belum mampu bekerja keras untuk memproses makanan pepejal.

“Sel-sel pada usus bayi masih belum bersedia menerima makanan yang mengakibatkan alahan dan tindak balas imun.”

Mengakhirinya videonya, dia turut memberikan nasihat kepada para ibu supaya tidak melakukan kesilapan asas dalam membesarkan anak-anak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...