Bayi 3 Bulan Maut Dihempap Lengan Bapa Yang Tidak Bernyawa Akibat Serangan Jantung

Kehidupan

Bayi 3 Bulan Maut Dihempap Lengan Bapa Yang Tidak Bernyawa Akibat Serangan Jantung

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas dihempap lengan bapanya yang tidak bernyawa akibat terkena serangan jantung di kediaman mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka.

Menurut laporan, mangsa  lelaki, Nurul Efendy Ibrahim, 35, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya yang pulang ke rumah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Advertisement

Azura Abdul Malik, 37, kemudian menemui bayinya, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy yang berada di bawah lengan suaminya.

Kata Azura, pihakya kini menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian suami dan juga anak lelakinya itu.

Saya terkejut apabila masuk rumah dan nampak suami dan bayi kami tidak sedarkan diri. Saya terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah.

bayi maut dihempap lengan bapa tidak bernyawa

Tambahnya, ketika dia menemui bayinya itu masih bernyawa namun berada dalam keadan lemah namun malangnya Muhammad Nur Daniel meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali berkata pihaknya membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas.

Namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 days ago

Dua Lelaki Maut Ditembak Sekumpulan Individu Bersenjata Depan Pusat Beli Belah Di Cheras

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...