Bayi 3 Bulan Ditemui Mati Bawah Jagaan Bapa Penagih Dadah & Panas Baran, Biar Mayat Atas Katil Berhari-Hari

Kehidupan

Bayi 3 Bulan Ditemui Mati Bawah Jagaan Bapa Penagih Dadah & Panas Baran, Biar Mayat Atas Katil Berhari-Hari

Seorang bayi berusia tiga bulan dijumpai meninggal dunia di sebuah rumah di Mukim Padang Hang, Alor Setar pada 9 Oktober lepas.

Terdahulu, ibu bayi terbabit yang dikenali sebagai Kamalia, 22 tahun, telah melarikan diri dari rumah pada 4 Oktober kerana mendapat ugutan bunuh daripada suaminya itu.

Advertisement

Menurut Kamalia, dia sudah tidak tahan kerana sering menjadi mangsa penderaan suaminya yang juga merupakan seorang penagih dadah.

 

Terpaksa tinggal 3 anak, takut dibunuh suami

Jelasnya lagi, dia telah membuat laporan polis selepas melarikan diri dan pergi menumpang di rumah saudara kerana takut dengan ancaman bunuh tersebut.

Kerana ketakutan juga dia terpaksa meninggalkan tiga anak masing-masing berusia 6 tahun, 1 tahun dan paling kecil berusia tiga bulan itu.

Sejak itu, hampir setiap hari dia ke balai polis untuk meminta tolong agar anak-anaknya diselamatkan kerana takut diapa-apakan oleh suami yang panas baran dan di bawah pengaruh dadah.

Selepas beberapa hari merayu, anggota polis telah pergi ke rumahnya pada Ahad lepas dan menahan suaminya. Namun sebaik tiba di balai polis, Kamalia dimaklumkan bahawa bayi lelaki itu ditemui meninggal dunia di atas katil.

Sementara itu, dua lagi anaknya diserahkan kepada keluarga mentua untuk dijaga buat sementara waktu.

 

Cemburu buta, pasang CCTV dalam rumah

Cerita Kamalia lagi, sejak berkahwin pada 2019 suaminya sudah mula tunjuk sikap panas baran dan cemburu buta hingga sering mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit.

Bukan itu sahaja, suaminya turut memasang CCTV di dalam rumah untuk memantau pergerakan Kamalia yang hanya berada di rumah sejak berkahwin.

Saya mengesyaki suami berperangai begitu kerana di bawah pengaruh dadah malah saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha.”

Sebelum ini, Kamalia pernah membuat enam laporan polis sehingga suaminya ditahan namun kerana kasihan dan berjanji mahu berubah, dia menarik balik semua laporan tersebut.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, suspek yang berusia 28 tahun sudah ditahan dan ketika serbuan dibuat, polis turut mendapati lelaki itu positif methamphetamine.

Hasil siasatan awal suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.

Suspek turut mendakwa dia memang menyedari bayinya itu sudah meninggal dunia dua hari sebelum itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh, Muka Tertutup Dengan Lampin Ketika Dalam Buaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...