Bayi 2 Tahun Maut ‘Dicili’ Pengasuh

Trending

Bayi 2 Tahun Maut ‘Dicili’ Pengasuh

Bagaimana seorang dewasa sanggup melakukan sesuatu yang kejam terhadap bayi dan kanak-kanak? Tak cukup berita bayi dibunuh pengasuh sebelum ini, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita yang kejam melibatkan pengasuh.

Advertisement

Seorang pengasuh, sanggup memasukkan cili ke dalam mulut seorang anak kecil di bawah jagaannya kerana bayi itu tidak berhenti menangis.

Akibat tidak tahan dengan tangisan bayi tersebut, suspek kemudiannya mengeluarkan cili hijau dari peti sejuk, dan memasukkannya ke dalam mulut bayi itu untuk membuatkan dia berhenti menangis.

Setelah melihat bayi itu mengalami kesukaran bernafas, Asmarani, serta suaminya dan salah seorang anaknya, bergegas ke dua klinik swasta.

Mereka dinasihatkan untuk membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar, tetapi kanak-kanak tersebut mati tidak lama selepas dirawat.

Muhammad Afif Kamarol Azli yang berusia dua setengah tahun meninggal dunia pada bulan Jun lalu iaitu dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Asmarani, yang telah menjaga Muhammad Afif selama dua tahun, pada mulanya mengaku tidak bersalah ketika dituduh membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibu kepada tiga orang kemudian ditahan dengan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak, dibaca bersama dengan Seksyen 31 (5) (b), yang memberikan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan kepadanya dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Jais.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...