Bayi 15 Bulan Maut Di Pusat Asuhan, Bapa Akui Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian

Berita

Bayi 15 Bulan Maut Di Pusat Asuhan, Bapa Akui Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian

Terdahulu, seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia setahun tiga bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di pusat jagaan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang bernama Nour Rania Asyifaa Yuseri itu telah ditemui pengasuhnya dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.

Advertisement

Bapanya, Yuseri Yusoff berkata, anak bongsunya itu sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian tetapi ketika kejadian pengasuh mele­takkannya di dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.

buai

Mangsa ditidurkan bersama dua kanak-kanak lain di dalam sebuah bilik selepas diberi susu. Pengasuh menjaga kesemua kanak-kanak berkenaan sebelum keluar dari bilik itu.

Menurut laporan Kosmo, kejadian itu menjadi ujian berganda kepada Yuseri dan isteri selepas kehilangan anak kedua ketika masih bayi akibat komplikasi pada 2020.

Saya terima kejadian ini ke­rana perkara sudah berlaku, pihak pusat jagaan ada me­minta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini.

baby

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia pukul 4.30 petang oleh doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Sendayan.

Bahagian leher dan kepala­nya telah terkeluar daripada kain buaian sementara badannya masih di dalam buai berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, dua pengasuh berada di pusat jagaan yang beroperasi di sebuah rumah teres satu tingkat dengan 15 orang kanak-kanak lain termasuk Nour Rania.

Bayi meninggal dunia tersangkut buaian
3 years ago

Kepala Tersangkut Di Kain Buaian, Bayi 15 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...