Bayi 11 Bulan Berat Badan Hampir Masuk Zon Merah Kerana Minum Susu Kambing Jenama X

Trending

Bayi 11 Bulan Berat Badan Hampir Masuk Zon Merah Kerana Minum Susu Kambing Jenama X

Belilah susu formula bayi yang betul betul khusus untuk bayi. Harini saya dapat pesakit berusia 11 bulan dengan berat badan hampir memasuki zon merah.

Ambil darah,keputusan menunjukkan anemia (kurang darah merah). Bila ditanya bagi bayi minum susu apa ya? Katanya susu kambing jenama X.

Advertisement

Dibeli di kedai ‘makanan sunnah’, kawan kata bagus sebab ada kolagen sekali. Hurm murung sekejap saya.

Susu tu yang bayi boleh minum, yang bergigi dua boleh minum, yang anak dara, anak teruna, mak dara, janda, dua jantina, kedut seribu yadayadayada pun boleh minum sebab susu sunnah katanya.

Iklan di media sosial gempak gila, testimoni memang A+++++++++

Ketahuilah wahai ibu bapa yang bijaksana sekalian, susu formula untuk bayi adalah dirumus khas untuk bayi sahaja.

Dan susu itu bukanlah susu tepung biasa yang boleh dijual oleh sesiapa sahaja sesuka hati. Susu yang seisi keluarga boleh minum tu namanya susu tepung biasa. Bukan susu bayi.

Susu kambing?

Macam mana awak pasti ianya susu kambing 100%? Biasanya krimer sahaja yang lebih. Sebab tu rasanya manis cehcehceh.

Dan sebab itu jugalah berat bayi tak naik dan tak dapat nutrisi yang betul pun. Kesian bayi tu.

Bila sarankan susu badan sepenuhnya sehingga dua tahun, kata susu tak ada. Ok susu tak ada, tapi bagilah susu yang betul kepada bayi anda.

Tak adanya kolagen boleh kekal elok dalam susu ke minuman ke makanan ke kunyah kunyah ke ye. Ianya sangatlah fragile.

Kena air panas, musnahlah kolagen tu. Jadilah ibu bapa yang bijak. Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.
Dan gunalah akal yang dikurnia dengan bijak.

Ya, kita selalu dimomok dengan kata susu kambing adalah terbaik sekali di alam semesta, tapi adakah susu kambing yang diproses?

Fikir dan fahami.

Nak berniaga tak salah. Cuma silalah berlaku jujur. Tulis saja susu tepung untuk seisi keluarga kecuali bayi dan kanak kanak.(dapatkan nasihat doktor dahulu)

Dan tolonglah jangan claim boleh putih, bijak, kuat dan sebagainya.

Jaga diri dan jimat duit ok.

Kredit : Erna Nadia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...