Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bayaran Sangat Murah, Glamor Tapi Tak Berbaloi – Sharifah Shahirah

Sharifah Shahirah, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Menceburi bidang seni sebagai pelakon dan popular menerusi drama Mat Despatch sekitar tahun 90an sehingga awal tahun 2000, beliau masih lagi bertahan sehingga kini sebagai pengacara dan mempunyai sifat lawak yang cukup digemari ramai.

Advertisement

Ramai sebenarnya ingin melihat Shiera kembali berlakon, tetapi menurut beliau kebanyakkan tawaran yang diterima tidak setimpal.

Entah macam sudah pencen pula rasanya, tidur sajalah tak ada orang peduli. Duduk rumah pun elok juga.

Sebab bayaran sangat murah, tidak setimpal berbanding tahun 90an dulu. Tapi bukan semua berani buat macam itu. Kata pihak tersebut, stesen TV bayar produser sikit, jadi mereka tidak untung banyak apatah lagi peruntukan pula semakin dipotong. Sudah 10 tahun perkara ini berlanjutan.

Buat Shiera, untuk apa melakukan sesuatu untuk popular tetapi tidak berbaloi dengan segala usaha beliau.

Advertisement

Makin lama makin sikit gaji. Malu glamor tapi tidak berbaloi. Baik jadi suri rumah, jadi orang tahu kita tak glamor kalau tak ada duit.

Erm, hidup artis tidak semuanya indah. Meskipun Shiera merupakan nama yang agak besar, ada juga pihak yang kurang menghargai bakat beliau.  Syukur, rezeki Shiera dan Ijoy murah dalam perniagaan restoran food court Enjoy’s Corner.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top