Sharifah Shahirah, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Menceburi bidang seni sebagai pelakon dan popular menerusi drama Mat Despatch sekitar tahun 90an sehingga awal tahun 2000, beliau masih lagi bertahan sehingga kini sebagai pengacara dan mempunyai sifat lawak yang cukup digemari ramai.
Ramai sebenarnya ingin melihat Shiera kembali berlakon, tetapi menurut beliau kebanyakkan tawaran yang diterima tidak setimpal.
Entah macam sudah pencen pula rasanya, tidur sajalah tak ada orang peduli. Duduk rumah pun elok juga.
Sebab bayaran sangat murah, tidak setimpal berbanding tahun 90an dulu. Tapi bukan semua berani buat macam itu. Kata pihak tersebut, stesen TV bayar produser sikit, jadi mereka tidak untung banyak apatah lagi peruntukan pula semakin dipotong. Sudah 10 tahun perkara ini berlanjutan.
Buat Shiera, untuk apa melakukan sesuatu untuk popular tetapi tidak berbaloi dengan segala usaha beliau.
Makin lama makin sikit gaji. Malu glamor tapi tidak berbaloi. Baik jadi suri rumah, jadi orang tahu kita tak glamor kalau tak ada duit.
Erm, hidup artis tidak semuanya indah. Meskipun Shiera merupakan nama yang agak besar, ada juga pihak yang kurang menghargai bakat beliau. Syukur, rezeki Shiera dan Ijoy murah dalam perniagaan restoran food court Enjoy’s Corner.